blogger tracker
Sampling Workstation

Monday, August 31, 2009

PETUA MENDAPATKAN ANAK LELAKI


Ini adalah persoalan yang agak popular dan sering diajukan kepada saya. Walaupun terdapat banyak petua diluar sana, petua yang sering saya berikan kepada pesakit-pesakit saya adalah berkaitan dengan waktu persetubuhan dan waktu subur atau ovulasi.

Mula-mula kita perlu mengenali sperma X dan sperma Y. Telur/Ova yang dikeluarkan setiap bulan mengandungi kromosom X. Yang menentukan jantina adalah sperma yang berjaya mempersenyawakan ova yang telah dikeluarkan tersebut. Jika sperma Y yang berjaya, maka jantinanya adalah lelaki dan jika sperma X berjaya, maka jantinanya adalah perempuan.

Jika dibandingkan dengan sperma X, sperma Y lebih kecil, bergerak lebih pantas dan lebih aktif dalam persekitaran yang beralkali akan tetapi tidak mampu bertahan lama terutamanya dalam medium berasid. Sperma X pula adalah lebih besar saiznya dan bergerak agak pasif dan lambat, walaubagaimanapun ia boleh hidup lebih lama dan mampu bertahan dalam persekitaran yang berasid.

Merujuk kepada sifat sperma Y yang pertama, ia kecil dan bergerak sangat pantas. Disyorkan persetubuhan ditangguhkan dan dilakukan tepat pada hari ovulasi. Sekiranya ova telah dikeluarkan, maka sperma Y akan sampai paling awal ke ova dan berjaya mempersenyawakan ova. Walaubagaimana pun, sekiranya persetubuhan dilakukan 2-4 hari lebih awal dari ovulasi, maka sperma Y telah pun mati dan sperma X yang mampu bertahan lama akan sampai ke ova yang baru dikeluarkan itu dan berjaya mempersenyawakannya.

Untuk mengamalkan petua ini, anda perlu memahami kitaran haid anda dan bilakah ovulasi berlaku. Kelazimannya ovulasi berlaku pada hari-ke14 sekiranya kitaran haid anda adalah 28 hari. Ianya mungkin lebih lewat sekiranya kitaran haid lebih panjang. Waktu subur atau hari ovulasi mudah dikenalpasti sekiranya kitaran haid adalah tetap setiap bulan. Ianya juga boleh dikenalpasti dari jenis lendir yang dikeluarkan. Sewaktu subur, lendir akan kelihatan jernih dan sangat likat, seumpama putih telur. Apabila ianya ditarik, lendir itu sukar untuk putus.

Apabila kita dapat mengenalpasti waktu subur atau hari ovulasi, kita dapat merancang waktu persetubuhan dengan lebih tepat. Ini seterusnya dapat meningkatkan kebarangkalian untuk mendapatkan anak lelaki. Perlu diingatkan sekali lagi, setiap perancangan dan usaha kita perlulah disertakan dengan doa dan tawakal. Semoga petua ini dapat membantu, in shaa' Allah.



Bookmark and Share

Tuesday, August 11, 2009

PETUA MENDAPATKAN ANAK PEREMPUAN

Ini adalah persoalan yang agak popular dan sering diajukan kepada saya. Walaupun terdapat banyak petua diluar sana, petua yang sering saya berikan kepada pesakit-pesakit saya adalah berkaitan dengan waktu persetubuhan dan waktu subur atau ovulasi.

Mula-mula kita perlu mengenali sperma X dan sperma Y. Telur/Ova yang dikeluarkan setiap bulan mengandungi chromosome X. Yang menentukan jantina adalah sperma yang berjaya mempersenyawakan ova. Jika sperma X berjaya, maka jantinanya adalah perempuan dan jika sperma Y yang berjaya, maka jantinanya adalah lelaki.

Jika dibandingkan dengan sperma Y, sperma X adalah lebih besar saiznya dan bergerak agak pasif dan lambat, walau bagaimanapun ianya boleh hidup lebih lama dan mampu bertahan dalam persekitaran yang berasid. Sperma Y pula lebih kecil, bergerak lebih pantas. Akan tetapi, ianya tidak mampu bertahan lama terutamanya dalam medium berasid.

Oleh kerana sifat sperma X yang bersaiz besar dan pergerakannya lebih lambat berbanding sperma Y, persetubuhan seelok-eloknya dilakukan 2-4 hari sebelum ovulasi dan elakkan persetubuhan sewaktu hari ovulasi.

Seandainya persetubuhan dilakukan pada hari ovulasi, sperma Y akan sampai lebih awal dan mempersenyawakan ova. Jikalau kita melakukan persetubuhan beberapa hari lebih awal, sperma Y tidak dapat bertahan lama dan akan mati terlebih dahulu. Akan tetapi, sperma X masih mampu lagi bertahan dan ianya mempunyai peluang yang cerah untuk mempersenyawakan ova yang baru dikeluarkan itu.

Untuk mengamalkan petua ini, anda perlu memahami kitaran haid anda dan bilakah ovulasi berlaku. Kelazimannya ovulasi berlaku pada hari-ke14 sekiranya kitaran haid anda adalah 28 hari. Ianya mungkin lebih lewat sekiranya kitaran haid lebih panjang. Waktu subur atau hari ovulasi mudah dikenalpasti sekiranya kitaran haid adalah tetap setiap bulan. Ianya juga boleh dikenalpasti dari jenis lendir yang dikeluarkan. Sewaktu subur, lendir akan kelihatan jernih dan sangat likat, seumpama putih telur. Apabila ianya ditarik, lendir itu sukar untuk putus.

Apabila kita dapat mengenalpasti waktu subur atau hari ovulasi, kita dapat merancang waktu persetubuhan dengan lebih tepat. ini seterusnya dapat meningkatkan keberangkalian untuk mendapatkan anak perempuan. perlu diingatkan sekali lagi, setiap perancangan dan usaha kita perlu disertakan dengan doa dan tawakal. seoga peti=ua ini dapat membantu, in shaa' Allah

Bookmark and Share

H1N1: Pesanan Dr. Roslin


Adalah amat sukar untuk kita membezakan jangkitan batuk selsema biasa daripada jangkitan Influenza A H1N1 (selsema babi) kerana majoriti simptom-simptomnya adalah sama. Oleh disebabkan itu, saya menyarankan agar pesakit-pesakit saya mengambil langkah-langkah berikut untuk mengelakkan penularan wabak penyakit Influenza A H1N1 mahupun jangkitan batuk selsema biasa.

1. Amalkan "social distancing"- menjauhkan diri daripada mereka yang mengidap demam, batuk ataupun selsema. Menjauhkan diri dari tempat-tempat awam yang sesak. Mengelak daripada menghadiri ataupun menganjurkan majlis-majlis keramaian sewaktu wabak melanda.

2. Amalkan kebersihan diri- memakai penutup muka(mask) terutamanya bila berada di tempat awam yang sesak seperti di sekolah, klinik, hospital, hentian bas, pasaraya ataupun jika bekerja di bahagian servis perkhidmatan contohnya, guru, doktor, pegawai kaunter, peniaga. Memakai sarung tangan juga sangat disyorkan bagi mereka yang bekerja di bahagian servis perkhidmatan. Sentiasa membasuh tangan dengan sabun dan air, saya lebih menggemari penggunaan "instant hand sanitizer" dan ia sentiasa berada dalam handbag saya. Sentiasa menutup mulut ketika bersin ataupun batuk dengan tisu dan pastikan ia dibuang dengan sempurna setelah selesai. Sekiranya menutup mulut dengan tangan, maka perlulah membasuh tangan dengan segera. Elakkan daripada bersalam atau peluk cium apabila bertemu sahabat handai ataupun saudara mara. Jangan meludah merata-rata, jika anda perlu meludah, lakukannya di sinki ataupun mangkuk tandas dan segera lalukan air dan sabun ditempat tersebut sampai bersih. Sentiasa berkumur dengan thymol gargle ataupun listerine dll.

3. Amalkan cara hidup sihat-Amalkan pemakanan yang sihat. Minum 8-10 gelas air suam ataupun mineral water setiap hari. Elakkan makan ataupun minum makanan/minuman yang mengandungi gula seperti air milo, sirap, kuih-muih, coklat, gula-gula, aiskrim, buah-buahan seperti rambutan etc. Kandungan gula yang tinggi akan memudahkan pembiakan kuman dibahagian mulut dan tekak disamping membuatkan kita mudah batuk. Lebihkan makanan bersup dan bubur dan kurangkan makanan bergoreng dan berminyak kerana ini memudahkan kita untuk mendapat batuk. Makan lebih banyak sayur-sayuran terutama ulam-ulam segar agar meningkatkan immuniti/daya tahan penyakit. Berhenti ataupun kurangkan menghisap rokok. Amalkan riadah selalu supaya jantung lebih sihat dan berstamina.

4. Amalkan "quarantine"- Sekiranya anda disuruh berkuarantin oleh doktor ataupun anda mengalami gejala sakit tekak, batuk, selsema, demam etc, amalkan kuarantin dengan ikhlas dan sebaik mungkin. Jangan hadir ke tempat kerja, jangan keluar membeli belah, jangan keluar bertemu rakan, jangan menghadiri majlis keramaian. Semasa di rumah, asingkan diri dan elakkan dari bergaul dari ahli keluarga yang lain termasuk anak-anak, isteri, suami, ibu, ayah ataupun ahli serumah yang lain. Pakai mask semasa berkuarantin di rumah. Jangan berpeluk cium ataupun tidur bersama anak ataupun isteri.

* Seandainya anda mengalami gejala H1N1, segeralah berjumpa doktor untuk pemeriksaan lanjut. Sekiranya keadaan kesihatan anda masih tidak bertambah baik selepas itu, segera kembali ke klinik ataupun hospital untuk pemeriksaan lanjut kerana simptom-simptom dan tanda-tanda penyakit cepat berubah dari masa ke semasa.


Bookmark and Share

Doa Jauhkan Bala Wabak Penyakit (termasuk Influenza A H1N1)




Bookmark and Share