blogger tracker
Sampling Workstation

Monday, August 31, 2009

PETUA MENDAPATKAN ANAK LELAKI


Ini adalah persoalan yang agak popular dan sering diajukan kepada saya. Walaupun terdapat banyak petua diluar sana, petua yang sering saya berikan kepada pesakit-pesakit saya adalah berkaitan dengan waktu persetubuhan dan waktu subur atau ovulasi.

Mula-mula kita perlu mengenali sperma X dan sperma Y. Telur/Ova yang dikeluarkan setiap bulan mengandungi kromosom X. Yang menentukan jantina adalah sperma yang berjaya mempersenyawakan ova yang telah dikeluarkan tersebut. Jika sperma Y yang berjaya, maka jantinanya adalah lelaki dan jika sperma X berjaya, maka jantinanya adalah perempuan.

Jika dibandingkan dengan sperma X, sperma Y lebih kecil, bergerak lebih pantas dan lebih aktif dalam persekitaran yang beralkali akan tetapi tidak mampu bertahan lama terutamanya dalam medium berasid. Sperma X pula adalah lebih besar saiznya dan bergerak agak pasif dan lambat, walaubagaimanapun ia boleh hidup lebih lama dan mampu bertahan dalam persekitaran yang berasid.

Merujuk kepada sifat sperma Y yang pertama, ia kecil dan bergerak sangat pantas. Disyorkan persetubuhan ditangguhkan dan dilakukan tepat pada hari ovulasi. Sekiranya ova telah dikeluarkan, maka sperma Y akan sampai paling awal ke ova dan berjaya mempersenyawakan ova. Walaubagaimana pun, sekiranya persetubuhan dilakukan 2-4 hari lebih awal dari ovulasi, maka sperma Y telah pun mati dan sperma X yang mampu bertahan lama akan sampai ke ova yang baru dikeluarkan itu dan berjaya mempersenyawakannya.

Untuk mengamalkan petua ini, anda perlu memahami kitaran haid anda dan bilakah ovulasi berlaku. Kelazimannya ovulasi berlaku pada hari-ke14 sekiranya kitaran haid anda adalah 28 hari. Ianya mungkin lebih lewat sekiranya kitaran haid lebih panjang. Waktu subur atau hari ovulasi mudah dikenalpasti sekiranya kitaran haid adalah tetap setiap bulan. Ianya juga boleh dikenalpasti dari jenis lendir yang dikeluarkan. Sewaktu subur, lendir akan kelihatan jernih dan sangat likat, seumpama putih telur. Apabila ianya ditarik, lendir itu sukar untuk putus.

Apabila kita dapat mengenalpasti waktu subur atau hari ovulasi, kita dapat merancang waktu persetubuhan dengan lebih tepat. Ini seterusnya dapat meningkatkan kebarangkalian untuk mendapatkan anak lelaki. Perlu diingatkan sekali lagi, setiap perancangan dan usaha kita perlulah disertakan dengan doa dan tawakal. Semoga petua ini dapat membantu, in shaa' Allah.



Bookmark and Share

2 comments:

  1. Bagaimana pula usaha yang harus dilakukan oleh pihak suami ?
    Ada apa2 cadangan daripada doktor untuk si suami lakukan untuk membantu mendapatkan anak lelaki..

    ReplyDelete
  2. Minta maaf, saya tidak mengetahui sebarang petua spesifik buat suami kecuali berdoa, ada doa khas buat anak lelaki dan doa tersebut terkandung dalam buku Ustaz Haron Din yang berjudul Ikhtiar Penyembuhan Penyakit. Walahualam.

    ReplyDelete